Sunday, May 31, 2009

Chin Peng,wajar ke dia kembali?


Teruja aku dengan tajuk di atas,wajar ke dia balik setelah terlalu banyak onar yang dilakukan?atau adakah wajar kita hidup di iringi dendam sehingga ke akhir hayat?Portugis juga menjajah kita?Belanda,Inggeris malah kekejaman Jepun juga tak boleh kita lupakan.Akibatnya gugurnya bom atam menamatkan segala galanya.Tidak pula Jepun berdendam dengan Amerika.Kita juga tidak berdendam dengan Jepun setelah ramai juga warga kita mati dipancung,minum air sabun dan seribu macam siksaan.Kini,hubungan kita dengan Jepun paling akhrab.Berbalik dengan Chin Peng,memang di akui terlalu banyak kekejaman yang dilakukan oleh orang bawahannya.Itu semua sudah berlalu.Kepulangannya tidak di alu alukan,,wajar ke?Ayah saya sendiri sakit akibat terkejut dengan penyerahan 3 orang komunis di Sauk.Truamanya membawa sehingga ke akhir hayat.Allahuakhbar,,akhirnya kita sebenarnya hidup dalam dendam,kalau kita berasa demikian,orang lain juga akan berasa demikian.Sehinggakan ada parti komponen BN yang mengagaskan supaya Chin Peng di bawa pulang.Semua keberanian ini hanya disebabkan kelemahan bangsa Melayu kita ketika ini.Perpecahan yang ujud dikalangan kita sehingga Melayu sebenarnya di umpamakan pokok yang telah tumbang sehingga kekurapun ingin memanjat.Generasi muda pula meyokong kepulangan Chin Peng kerana kebutaan dalam mengetahui sejarah negara.Fakta dan sejarah negara juga ditutupi dengan tujuan untuk mengelakkan perpecahan dan menjurus kepada kesepaduan kaum.Pelajaran Sejarah tidak dipentingkan dan atas dasar kesamarataan,kita menuntut dan dituntut utk berlaku adil.Allahuakbar,mohon aku kepada mu agar Malaysia ini senantiasa aman dan damai.Oleh yang demikian tugas dan tanggung jawab kita sangat besar.Di sekolah,adalah tugas kita menghasilkan manusia yang cerdik dan pintar serta lulus cemerlang dalam peperiksaan.Pada aku,yang lebih penting ialah mengajar murid ku tentang toleransi,persafahaman dan saling kenal mengenali tentang adat dan budaya pada setiap kaum di Malaysia.Suka atau tidak suka kita kena hidup bersama kerana sudah ditetapkan oleh Allah SWT.So mari kita bina satu negara bangsa yang terbilang.

5 comments:

  1. knape pula baru skrg nak bawa dia pulang?dia sendiri pun tak mohon nak pulang,ada orang lain yg gatai nak bawa dia pulang.bawa dia pulang dan diadili dimahkamah kerana kekejamannya boleh.kalau bawa dia pulang nak bagi pengiktirafan boleh belah.sapa yg pandai beri cadangan tu. jangan salah guna istilah & maksud 1 MALAYSIA SUDAH LAH.......

    ReplyDelete
  2. azamboy tak da ke gambar lain selain dari gambar seksa yg tak pakai baju tu.ambil gambor selepas mengena ke........? heheheheeh!!!!.

    ReplyDelete
  3. Azam,
    Kau dh tukar gambar header banner kau pulak dah. Awat bahagian bawah tu sensor???
    Begitulah keadaan negara kita sekarang ni. Semua orang atau pihak mengambil kesempatan di atas ketidak stabilan politik sekarang. Siapakah yang empunya angkara??

    ReplyDelete
  4. pdgn aku lain. isu chin peng sengaja dimainkan utk menarik skgn org melayu khususnya terhdp kerajaan yg ada skrg. pd aku masalah chin peng ni bkn masalah bsr pun. selama ni apa yg kerajaan malaysia buat kalau betul nak dakwa dia sbgi penjenayah perang. senyap aje, tiba2 skrg apb rakyat dah mula beralih menykg pakatan rakyat, kerajaan mainkan isu ni. dah tak ada modal ke. tpt aku ni, triang sarang komunis, komunis yg serah diri dpt pengampunan dgn dikurniakan tanah beberapa ekar. apa pula yg askar dpt. ayah aku, askar pencen tak dpt pun kurniaan tanah. akhirnya kita dgr keluhan askar bersara yg susah hidupnya tp komunis yg menyerah diri hdup sng lenang.

    ReplyDelete
  5. Azam,
    Sorrylah aku komen header blog kau ni. Gambar kau beraksi tu macam blog porno aje. He he he he......
    Satu yang bagus, kau masuk group Men In Black yang setakat ini keahliannya ialah aku, yusof sipan dan yusof rompin. Welcome to the group.

    ReplyDelete

hari raya without my daughter

hari raya without my daughter

buah hati pengarang jantung

the best of nikon

the best of nikon
tua dah kamu

gambar kawin 25 years ago